Wednesday 17 December 2014

JUBAH SATIN KEMBANG

Pemakaian jubah satin tidak asing lagi pada masa kini. Jubah satin yang kebanyakannya dijual dalam pasaran terdiri daripada tiga jenis. Pertama satin dull, atau lebih dikenali sebagai satin yang kurang berkilat. Kedua adalah satin berkilat. Ketiga satin pallas atau satin tidak berkilat. Kain satin dull ini mirip atau lebih kurang dengan satin rosella. Boleh dikatakan satin dull dan satin pallas juga seakan-akan kerana dari jauh memang tidak nampak berkilat.
   Fesyen jubah satin yang terkenal sekarang diperincikan atau ditambah serikan di bahagian lengan baju atau bawah lengan baju. Contohnya seperti sequin, lace, sari dan songket. Nama yang glamour orang panggil sebagai contohnya adalah jubah sequin, jubah lace dan jubah sari. Sebahagian jubah ini ada yang kembang. Kebaikan jubah satin yang kembang  ialah ianya boleh dipakai sewaktu mengandung dan tidak menampakkan bentuk badan. Bagi sesetengah orang yang tidak biasa memakai jubah, jubah ini bolehlah dipakai semasa mengandung dan pada majlis-majlis tertentu sahaja. Bagi mereka yang sudah biasa memakai jubah bolehlah dipakai ke kuliah, pejabat, mengajar dan sebagainya.
   Tips - tips penting untuk berjimat dalam pemakaian dan pembelian jubah:
1. Beli jubah yang selesa dan material yang baik supaya anda suka memakainya.
2. Jubah yang boleh dipakai semasa mengandung, menyusukan anak, dan hari-hari.

Baju kain batik murah menawarkan jubah satin dull (jubah kembang) yang selesa. Terdapat dua jenis.
1. Jubah diserikan dengan lace (prada lace) di bahagian hujung atau bawah lengan. Saya namakannya Jubah Kayla.
2. Jubah diserikan dengan sari (seakan-akan corak songket) di bahagian hujung atau bawah lengan. Saya namakannya Jubah Rayyan.

No comments:

Post a Comment